Jun Fengling menahan kesakitan yang teramat sehingga tidak mampu bersuara. Peluh tidak berhenti mengalir dari dahinya, dia memegang erat tangan Ye Qi dan darah mengalir dari bibirnya yang dia gigit. Dia teringin sangat bertarung di samping Ye Jingchen selepas melahirkan anak mereka.
...
Di luar kota.
Sekumpulan askar berdiri sambil bersorak dan memaki diketuai oleh seorang jeneral pertengahan usia.
Gerbang kota perlahan terbuka...
Jian Chengwen penuh dengan baju perisai melangkah keluar. Dengan pedang bersinar di tangannya, diikuti askarnya di belakang, Kemudian Ye Jingchen dan orang-orang hebat yang lain sampai dan mengawal di depan gerbang itu.
"Jian Chengwen, saya datang ke sini bukan untuk menyerang seluruh Kerajaan Tianyun, tapi saya cuma mahukan Keluarga Ye. Jangan halang jalan saya. Mungkin saya tidak akan bunuh kamu!" Jeneral itu menyeringai. "Kalau tidak, jangan marah kalau saya hapuskan seluruh Keluarga Diraja kamu!"