Pertandingan Tabib diadakan dalam Kediaman Ketua Kota, jadi seluruh kediaman itu sesak dengan orang.
Sebaik sahaja Yun Luofeng masuk ke dalam dewan utama, dia langsung ternampak Lin You yang sedang tersengih-sengih menerima pujian daripada semua orang.
Lin You juga ternampak Yun Luofeng, cahaya jahat berkilau pada matanya dan bibirnya mengukir senyuman mengejek. "Yun Luofeng, saya tidak sangka kamu betul-betul berani datang ke sini! Memandangkan kamu sudah masuk ke dalam kawasan saya, tiada siapa yang boleh bantu kamu lagi."
Lin You mengetap gigi dengan penuh rasa benci dan apabila dia ingat semula apa yang Yun Luofeng telah lakukan kepadanya, dia teringin sangat mencincang Yun Luofeng hidup-hidup. Malangnya, Yun Luofeng ada surat jemputan, jadi dia tidak mampu halau Yun Luofeng.
"Yun Luofeng." suara yang cergas terdengar memanggil dari sebelah Yun Luofeng.