Yun Luofeng perlahan mengusap dagu. Nampaknya dia memang perlu rancang majlis perkahwinan mereka secepat mungkin.
Namun, dia tidak mampu melakukan apa-apa kerana dia tidak tahu di mana Yun Xiao sekarang...
"Tuan sudah sentuh Yun Xiao dari atas sampai bawah, jangan jadi bangsat yang enggan bertanggungjawab selepas mengambil kesempatan seperti yang Datuk pernah cakap dulu!"
Sekiranya Yun Luofeng tidak berjumpa dengan lelaki lain, Xiao Mo mungkin tidak terlalu bimbang. Tetapi lelaki di depan mereka ini terlalu kuat sehinggakan Xiao Mo sendiri tidak mampu melihat kekuatannya dengan jelas...
Jadi mustahil Xiao Mo tidak berasa bimbang? Bagaimana kalau lelaki ini menggoda Yun Luofeng ketika Yun Xiao tidak berada di samping mereka? Sebagai penyokong tegar Yun Xiao, Xiao Mo mesti tegas mengingatkan Yun Luofeng supaya tidak tergoda dengan lelaki lain.
Lagipun, lelaki yang sebaik Yun Xiao cuma ada satu sahaja...