"Saya akan terima kamu sebagai kawan." Yun Luofeng menghulurkan tangannya dengan senyuman licik. Mata hitamnya bersinar cerah dan jernih, terlalu cerah sehingga patulan wajah Ji Jiutian mampu dilihat.
Lebih ramai kawan bermakna ada lebih banyak yang akan membantu masa susah. Bukan sebab itu sahaja tetapi kekuatan Ji Jiutian boleh tahan juga dan personalitinya tidak menyakitkan hati Yun Luofeng, jadi kenapa pula dia harus menolak?
Ji Jiutian pegang tangan Yun Luofeng, senyuman pada wajahnya melebar. "Yun Luofeng, sebenarnya, kamu bukan macam perempuan."
Kening Yun Luofeng terangkat. "Kamu juga bukan macam seorang lelaki."
Ji Jiutian tersentak lalu menggeleng hampa. 'Adakah perempuan ini akan berterusan menyakitkan hati begini?'
Tian Luo memandang Ji Jiutian yang terpegun itu. Wajahnya yang dingin juga tersenyum. Dia sudah lama menjadi pengikut tuannya, dia tidak pernah lihat tuannya dikalahkan begini. Tetapi Yun Luofeng melakukannya berulang kali?