"Dia belum sampai lagi." Suara dingin Tian Luo penuh dengan rasa hormat dan kepalanya kekal tunduk sepanjang masa, ekspresi wajahnya tidak jelas kelihatan.
Lelaki itu tersenyum pudar, mendedahkan daya godaannya. "Saya tidak sabar! Pertandingan akan dimulakan apabila Yun Luofeng sampai. Satu lagi, bagaimana dengan perangan Lin You?"
"Bahagia dengan kejayaannya."
Tiga perkataan ini cukup untuk menjelaskan keadaan Lin You sekarang.
"Biarkan dia teruskan." Lelaki itu tersenyum. "Lin You tidak berhenti berbohong, jadi dia boleh dikekalkan! Memandangkan dia pernah cuba memalukan Yun Luofeng di depan orang ramai, jadi dia cuma boleh dijadikan mainan untuk Yun Luofeng! Buah Roh itu pula… ia adalah hadiah saya untuk Yun Luofeng."
Tian Luo diam dan tunduk, tapi hatinya mula rasa simpati terhadap Lin You. Lin You hanya mampu salahkan dirinya sendiri kerana telah melakukan dia kesilapan besar.