Lelaki itu menoleh sedikit, rambutnya menutup tepi mukanya tetapi menunjukkan bibir merahnya yang menggoda. "Kamu boleh pergi! Kalau kamu ada berita tentang Yun Luofeng lagi, terus laporkan kepada saya."
"Baik, Tuan." Gadis pembantu itu berundur selepas tunduk hormat.
Selepas gadis pembantu itu menutup pintu, lelaki itu duduk di atas katil lalu menyepetkan mata seakan phoenixnya sambil tersenyum misteri.
"Saya dapat tahu roh anak murid Yun Luofeng telah cedera dan dia mesti makan Buah Roh kalau dia mahu menyembuhhkan rohnya semula!" Lelaki itu mengusap dagu sambil tersenyum pudar. "Jadi… Tian Luo, bawa Buah Roh ke mari. Saya hendak mengadakan Pertandingan Tabib! Pertandingan ini akan memberi Buah Roh sebagai ganjaran. Yun Luofeng pasti akan tertarik untuk datang ke sini."