Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 1133 - Kemusnahan Tiga Keluarga Terkuat (3)

Chapter 1133 - Kemusnahan Tiga Keluarga Terkuat (3)

"Mu Chu, kamu harus ingat Keluarga Wu tidak kekurangan pengawal. Tetapi, bukan sahaja kamu tidak bersyukur terhadap Keluarga wu, tapi kamu bercakap tanpa rasa malu! Ingat semula kebaikan Keluarga Wu terhadap kamu!"

Yun Luofeng berpeluk tubuh dengan senyuman licik di bibirnya. Dia tidak berkata apa-apa dan hanya melihat bagaimana Mu Chu menangani Keluarga Wu.

Mata Mu Chu perlahan kelihatan kecewa.

Sebenarnya, disebabkan dia bersyukur terhadap Keluarga Wu dia sanggup melakukan apa sahaja. Namun, Keluarga Wu langsung tidak memikirkan perlindungan yang dia telah berikan selama ini. Sebaliknya, mereka fikir dia yang telah menerima kebaikan daripada mereka.

"Dulu, demi melindungi sepupu saya yang juga anak perempuan kamu, saya hampir mati melawan satwa rohani! Tapi saya tidak pernah ungkit pasal ini. Saya sentiasa berpegang dengan tugas saya sebagai pengawal."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS