Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 1131 - Kemusnahan Tiga Keluarga Terkuat (1)

Chapter 1131 - Kemusnahan Tiga Keluarga Terkuat (1)

"Baiklah." Yun Luofeng mengangguk ke arah Mu Chu yang berdiri di hadapannya. "Pergi dan rehat dahulu. Saya akan hantar seseorang untuk rawat kecederaan kamu. Satu lagi, ikut saya pergi ke Keluarga Wu esok."

Mu Chu tersentak dan memandang Yun Luofeng penuh kegembiraan. "Adakah kita akan pergi selamatkan adik saya esok?"

Dia baru sahaja pulang ke Kota Tanpa Penghujung, jadi dia masih tidak tahu kejadian dan kekecohan yang Yun Luofeng telah timbulkan di sini.

Berikutan kehancuran Keluarga Nangong, dua keluarga terkuat yang lain menjadi cemas, terutama sekali selepas mendengar hukuman kejam Yun Luofeng. Mereka semua panik dan menyesal dengan perbuatan mereka.

"Ketua Keluarga Wu." Ketua Keluarga Ou cemas dengan penyesalan. "Saya tidak pernah sangka Yun Luofeng mampu menghapuskan semua tuan tua moyang kita dengan kekuatannnya sendiri. Apa yang kita patut lakukan sekarang? Adakah kita cuma mampu duduk diam di sini dan menunggu kematian datang menjemput?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag