Rupa-rupanya perempuan ini adalah Ketua Menara legenda itu. Dia sangat cantik dan agung tiada tandingannya!
Lu'er kelip mata, dipanah rasa kagum. "Ibu, Kakak itu sangat tampan! Saya mahu kahwin dengan Kakak itu bila saya besar nanti!"
Dahi ibu Lu'er menggerenyet dan dia memandang anaknya dengan wajah yang menggelap.
Yun Luofeng mungkin tidak pernah terfikir perbuatan cuainya itu akan membuatkan budak perempuan itu akan berkata begitu…
…
Kediaman Keluarga Nangong.
Nangong Qing sedang duduk di atas kerusi dengan wajah yang penuh kebimbangan dan seluruh tubuhnya kelihatan tidak bersemangat.
"Saya benar-benar telah hancurkan hubungan dengan Menara Tabib. Saya rasa saya tidak mampu untuk beri penjelasan kepada Yi'er."