Nangong Yunyi mengangguk pendek. "Saya faham. Kamu tenang sahaja, saya pasti akan berhati-hati. Tambahan lagi, ketua keluarga bukan orang paling kuat dalam tiga keluarga terkuat ini."
Yun Luofeng tidak memberi apa-apa pendapat mengenai itu kerana dia sudah sedia maklum.
Khabarnya ada pertapa rohani peringkat-pendeta yang menjaga tiga keluarga terkuat, tetapi ketua keluarga setiap keluarga itu baru peringkat-dewa. Oleh itu, pasti ada orang handalan yang menjaga di sebalik tabir.
"Baiklah, saya faham."
Yun Luofeng menyepetkan mata. "Kalau mereka berani cari masalah, saya akan biar mereka datang… tetapi tidak akan pulang!"
Nangong Yunyi menggeleng hampa dan memandang Yun Luofeng sekali lagi sebelum pergi.
Selepas Nangong Yunyi pergi, Qingyan dan Ye Ling bergegas ke samping Yun Luofeng dan memanggil dengan penuh hormat, "Tuan.""Cik."
Yun Luofeng mengangkat kening dan memandang mereka. "Ada apa hal?"