"Bagus apa yang kamu lakukan itu, Pokok Kecil." Xiao Mo tertawa kecil dan memandang bayi dalam dakapannya itu. "Ingat, ayah kamu adalah Yun Xiao dan cuma dia sahaja yang boleh mendekati ibu kamu. Kamu patut cucuk punggung lelaki lain yang cuba mendekati ibu kamu!"
Lelaki itu pasti tidak akan pernah menyangka punggung tercedera akibat perbuatan tanpa sengaja tadi.
"Xiao Mo, bantu dia berdiri dan bawa dia pergi ke restoran untuk berehat.
Yun Luofeng menjeling Xiao Mo seolah-olah memikirkan sesuatu. Mata hitamnya seakan sudah faham apa yang terjadi tadi.
Xiao Mo pasang muka comel dan menyerahkan Pokok Kecil kepada Yun Luofeng sebelum membantu lelaki yang sedang kesakitan itu.
"Yun Luofeng, dua orang budak ini keluarga kamu?" Lelaki itu memandang Xiao Mo dan Pokok Kecil ketika bertanya.
Xiao Mo mendabik dada, bercakap dengan angkuh dan yakin. "Bayi ini adik saya bernama Yun Shu dan nama saya pula Yun Mo. Kami berdua anak Yun Luofeng!"