Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 1048 - Meledak dengan Keangkuhan (2)

Chapter 1048 - Meledak dengan Keangkuhan (2)

Selepas bercakap, bayangan tubuh Ketua Pertama berubah menjadi cahaya hijau lalu dia meluru keluar dari ruangan itu dengan sekelip mata. Dua orang ketua yang lain juga tidak berdiam diri dan terus ikut dari belakang.

Di halaman, ramai orang yang sudah tumbang dan terbaring di lantai sambil meraung kesakitan.

Kumpulan yang mereka lawan itu bagaikan dewa pembunuh! Berhati dingin dan kejam sambil tangan mereka basah dengan darah. Sepertinya hanya ada satu perkataan sahaja yang berada dalam minda mereka, iaitu… bunuh!

Seorang gadis berjubah putih berdiri di depan kumpulan itu dan pedang di tangannya juga jadi merah kerana penuh dengan darah. Darah pada pedang itu mengalir dan menitis di hujung bilah.

Ketika ini, ekspresi wajahnya sangat tenang. Tetapi di sebalik wajah yang tenang itu, aura membunuhnya tetap jelas terasa.

"Siapa yang berani menyerang Kumpulan Penentang Syurga?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS