Chapter 1017 - Pusingan Akhir (4)

Bang!

Bunyi kepala tengkorak berkecai bergema di seluruh kawasan pertandingan itu dan otak lelaki itu tiba-tiba terkeluar dan belakang lehernya merah berlumuran dengan darah.

"Betul sangkaan saya, belantan memang jauh lebih senang berbanding pisau atau pedang." Yun Luofeng tersenyum dan menjeling licik ke arah kerumunan orang di depannya. Kemudian dia bercakap kepada Xiao Yuqing yang berada di belakangnya. "Jom, kita lihat siapa yang akan dapat selesaikan lawannya dahulu."

Dengan itu, Yun Luofeng meluruh ke arah kerumunan itu.

Prinsip Yun Luofeng adalah hutang darah dibayar dengan darah. Empayar Tianhui sudah berulang kali cuba membunuh dia, jadi dia langsung tiada belas kasihan terhadap mereka. Tetapi peserta-peserta Empayar Wushuang cuma mahu kalahkan dia, jadi dia tidak gunakan serangan yang membunuh terhadap mereka…

Lagipun, dia bukan orang gilakan darah. Dia hanya akan bunuh orang yang cuba bunuh dia!

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag