Jelas sekali, Ye Ximo tahu Empayar Tianhui memang sengaja hendak menyusahkan Kerajaan Tianyun!
Yun Luofeng mendongak sedikit dan menjeling licik ke arah Long Yuan dan senyuman yang menawan terukir pada wajahnya. Senyumannya itu sangat indah, tetapi semua orang dapat rasa kemarahannya kerana senyumannya itu agak licik dan jahat.
"Abang," kata Yun Luofeng lalu menoleh memandang Ye Ximo, "kamu cuma perlu ingat, senjata itu cuma alat bagi pertapa rohani. Tidak kira bagaimana kuat pun senjata itu, ia tidak akan berguna di tangan sampah."
Sebaik mendengar ini, ekspresi wajah Qiu Feihua berubah lalu dia menjerit marah, "Yun Luofeng, apa maksud kamu berkata begitu? Siapa yang kamu panggil sampah?"
Yun Luofeng menjeling licik ke arah Qiu Feihua, "Sesiapapun yang terasa hati, maka dialah."