"Tuanku." Tangan yang putih mulus bersandar pada pergelangan tangan Long Yuan. Isteri Agung Ling tersenyum lembut dengan emosi yang aneh di dalam matanya yang cantik. "Gadis kecil ini agak menarik."
"Oh?" Kening Long Yuan terangkat ketika dia memandang Isteri Agung Ling, menggenggam lembut tangannya. "Adakah isteri kesayangan Beta ini kekurangan pembantu diraja dalam istananya dan berkenan dengan gadis Zhong Ling'er ini?"
Isteri Agung Ling tertunduk malu. "Tuanku cukup kenal dengan patik. Patik berhasrat menjadikan Zhong Ling'er pembantu suruhan patik."
"Jikalau begitu hasrat kamu, maka Beta akan dapatkan dia daripada Kerajaan Tianyun selepas pertandingan ini tamat." Wajah Long Yuan sangan dominan dan nada suaranya angkuh. "Bahkan kalau kamu inginkan Yun Luofeng jadi pembantu diraja kamu, Kerajaan Tianyun mesti akur dan serahkan dia kepada kita, apatah lagi gadis pembantu itu!"