Chapter 956 - Perpisahan (7)

Maharaja kembali dalam keadaan terdesak lagi. Di seluruh Kerajaan Tianyun, generasi muda yang hebat cuma Yun Luofeng dan Yun Xiao. Memandangkan Yun Xiao tiada di sini, siapa lagi yang boleh bantu dia?

"Abang saya boleh," Yun Luofeng berkata dengan tenang, "Saya juga akan pilihkan semua peserta-peserta yang lain."

Maharaja tiba-tiba bertepuk tangan. Bagaimana dia boleh terlupa tentang Ye Ximo? Ye Ximo itu lebih daripada cukup untuk menyertai pertandingan itu.

"Cik Yun, peserta lain yang kamu maksudkan adalah…" Maharaja cuba meneka siapa yang Yun Luofeng maksud, tetapi akhirnya dia rasa lebih meyakinkan jika dia tanya Yun Luofeng terus.

Yun Luofeng mengangkat kening. "Saya akan pilih dua puluh orang pengikut saya untuk menyertai pertandingan itu."

Kata-kata Yun Luofeng itu membuatkan dua orang utusan itu terpegun, tetapi mereka tiba-tiba ketawa.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS