Chapter 950 - Perpisahan (1)

Xiao Mo mencebik bibir. "Tuan patut tanya dia, tapi dia masih belum boleh bercakap."

"Xiao Mo," Yun Luofeng berfikir seketika, "kamu tahu bagaimana hendak membesarkan dia?"

"Dia bukan bayi biasa, jadi kita tidak boleh bagi dia makan makanan manusia sebab dia tidak boleh serap zat makanan itu. Kita cuma boleh bagi dia makan herba, tapi dia sangat cerewet dan tidak mahu terima herba biasa."

Yun Luofeng mengeluh. Nampaknya dia perlu dapatkan lebih banyak herba…

Herba-herba yang dia ada sekarang tidak akan cukup untuk jadi makanan Pokok Kecil!

"Xiao Mo, jaga dia utuk saya."

Xiao Mo terdiam. Sampai hati Tuannya campak bayi itu kepadanya?

Ketika Xiao Mo hendak berkata tidak, Yun Luofeng sudah pun pergi…

'Hihihi'

Bayi itu ketawa riang sambil menghulurkan tangannya ingin menyentuh Xiao Mo dan memanjat ke atas tubuhnya. Tangan yang dia masukkan ke dalam punggungnya sebentar tadi kini berada pada muka Xiao Mo…

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS