"Cik Yun," Xia Wen tersenyum malu, "Saya kawan Cik Lin. Saya dengar dia datang ke sini untuk cari gurunya dan telah cuba untuk bantu dia, tapi kebetulan pula Cik Yun adalah gurunya."
Lin Ruobai dari tadi senyap-senyap mengekori Yun Luofeng dan Yun Xiao sambil menikmati pemandangan seindah lukisan sempurna pasangan itu. Tetapi suasana yang dia cuba lindungi dengan bersembunyi itu telah dirosakkan oleh Xia Wen bangsat itu.
Lin Ruobai langsung berasa marah!
Sebelum dia sempat menengking Xia Wen, suara malas Yun Luofeng terdengar.
"Cepat katakan, apa yang kamu mahu?"
Mata Xia Wen bersinar. Cik Yun, Keluarga Xia menjalankan perniagaan bahan-bahan perubatan. Saya dengar Keluarga Ye memiliki syarikat perniagaan. Boleh kami jual bahan-bahan perubatan kami kepada syarikat kamu?"
"Berikan sampel bahan-bahan perubatan kamu," kata Yun Luofeng sambil berkerut.