Utusan itu hampir termuntah darah.
'Siapa sebenarnya yang tidak tahu malu?'
'Siapa yang buat tuduhan palsu?'
Seluruh tubuh utusan itu menggigil dan dia menuding jari ke arah Yun Luofeng. "Jarum perak dalam tubuh saya boleh membuktikan apa yang kamu katakan itu bohong! Kamu pasti akan diburu dan dibunuh oleh kerajan-kerajaan lain kerana tindakan kejam kamu ini terhadap saya!"
Utusan itu dapat rasa jarum perak itu bergerak dalam tubuhnya lalu wajahnya jadi pucat dan mukanya berpeluh dingin.
"Jarum perak?" Yun Luofeng mengangkat kening. "Jarum perak apa? Saya tidak tahu apa yang kamu katakan ini."
'Bagaimana perempuan ini boleh nafikan apa yang baru sahaja dia lakukan?'
Utusan itu bangun sambil mengetap gigi. "Baiklah, tidak jadi masalah kalau kamu enggan mengaku. Saya akan cari tabib untuk periksa tubuh saya dan buktikan apa yang kamu telah lakukan kepada saya! Selepas itu, tiada siapa yang akan dapat menyelamatkan kamu!"