"Terima kasih, Jeneral Jian. Tolong sampaikan sampaikan terima kasih saya kepada Baginda." Ye Tian tunduk hormat.
Kalau dulu, Ye Tian perlu melutut untuk ucapkan terima kasih, tetapi sekarang dia sudah jadi pertapa-rohani peringkat-pendeta tahap-sederhana, jadi dia hanya perlu lafazkannya dengan kata sahaja.
Itulah ganjarannya kalau berkuasa.
"Pembantu, sila sediakan tempat duduk untuk Jeneral Jian!" Selepas itu, Ye Tian menoleh semula kepada Jeneral Jian dan berkata dengan senyuman pudar, "Jeneral, silakan duduk."
"Tidak perlu susah-susah. Saya boleh duduk dengan Luofeng Kecil." Jeneral Jian ketawa dan berjalan ke arah Yun Luofeng. "Luofeng Kecil, Mak Cik Xue kamu tidak berapa sejak kebelakangan ini, jadi dia tidak dapat hadir ke sini. Tapi dia minta saya sampaikan kepada kamu kalau kamu tidak sibuk, kamu boleh melawat dia."
Ketika ini, semua tetamu sudah pun duduk, jadi Jian Chengwen berhenti bercakap dan hendak duduk di sebelah Yun Luofeng.