Lagipun, ramai tuan tua yang bersubahay menyokong Ye Jingxuan selama ini. Jika Ye Jingchen jadi Tuan Ketua yang baru, dia pasti akan bersihkan Keluarga Ye! Semua tuan-tuan tua itu akan hilang kuasa mereka! Jadi pilihan bagi mereka untuk selamat adalah jadikan Ye Tianwen Tuan Ketua.
Ye Tian duduk di kerusi pertama dan menjeling tuan-tuan tua itu dengan dingin dan tegas. "Kamu fikir Ye Tianwen tidak tahu apa-apa tentang perbuatan ayahnya? Bagaimana orang yang berfikiran cetek itu hendak dijadikan Ketua Keluarga? Saya sudah membuat keputusan untuk lantik Chen'er jadi Ketua Keluarga Ye."
"Tuan Ketua!" Semua tuan tua terkejut dan cepat-cepat berkata, "Tidak elok…"
Bang!
Ye Tian menampar meja dengan kuat.
"Tidak elok? Apa yang tidak elok? Sebelum ini kamu halau dia dengan alasan isterinya mandul, jadi sekarang apa lagi alasan kamu?"