Chapter 898 - Perangkap (9)

Malangnya, semua orang yang hadir terlalu terkejut dengan kata-kata Gundik Shu dan tiada siapa yang perasan wajah pelik Maharaja…

Kalau dulu, Maharaja sudah pasti terus meluru ke samping Permaisuri dengan sepantas kilat sebaik sahaja mendengar ada bahaya bakal menimpa. Tetapi sekarang kenapa Maharaja terlalu tenang? Seolah-olah Maharaja langsung tidak risau tentang nyawa Permaisuri…

"Gundik Shu, kamu benar-benar telah buat Beta kecewa," kata Maharaja sambil menggeleng kepala, "Dulu, kamu berkomplot untuk bunuh Permaisuri dan sekarang, kamu cuba perangkap Cik Yun pula. Selama ini, Beta menjaga kamu dengan sangat baik. Tetapi masih juga kamu m cemburu dan mengidamkan kedudukan Permaisuri!"

Wajah Gundik Shu bertambah pucat sambil dia ketakutan merenung wajah Maharaja yang serius dan menggerunkan itu.

'Baginda tahu…'

'Tapi bagaimana?'

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag