Chapter 894 - Perangkap (5)

Ketika ini, wajah Gundik Shu masih belum kembali tenang jadi dia akui sahaja kata-kata Jiang Mengyao itu. "Ibunda bimbang akan Permaisuri, kehidupan Baginda sebelum ini juga bukan senang. Mula-mula, Baginda tidak dapat mengandung dan sekarang Baginda sudah hampir mangkat. Kalau boleh, Ibunda teringin memikul segala beban yang Baginda pikul."

Gundik Shu keluarkan sapu tangannya lalu lap air matanya yang bergenang di sudut matanya.

Jiang Mengyao mengeluh. "Ibunda terlalu bimbang akan Baginda Permaisuri tapi Ayahanda tidak akan peduli tentang Ibunda, jadi adakah ini masih perlu? Jangan lupa, semenjak Permaisuri gering akibat Ayahanda mengambil gundik baru, Ayahanda sudah jarang berkunjung ke kamar Ibunda. Meskipun begitu, Ibunda masih lagi bimbang akan Permaisuri?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag