Malangnya, Ye Jingxuan terlepas satu hal⦠iaitu Permaisuri sudah lama disembuhkan oleh Yun Luofeng! Jadi tidak kira betapa hebatnya rancangan Ye Jingxuan, dia tetap akan gagal!
"Saya memang sudah terfikir untuk bantu Permaisuri untuk tangkap orang yang meracuni dia. Lagipun, dia sahabat lama ibu saya. Tapi saya tidak sangka pula pelakunya akan dedahkan dirinya sendiri begitu cepat. Bagus, saya akan sediakan kejutan yang besar untuk dia!"
Yun Luofeng bersandar malas pada kerusi dan tersenyum lebar.
"Apa yang tuan hendak lakukan?" tanya Teh Susu dengan mata yang berkelip.
"Kalahkan dia dalam permainannya sendiri!"
'Kalahkan dia dalam permainannya sendiri?'
Teh Susu terdiam lalu berasa kasihan terhadap Ye Jingxuan dan Gundik Shu kerana tidak lama lagi akan mendapat kejutan yang besar!