Chapter 878 - Jamuan Keluarga (4)

Senyuman pada wajah Ye Jingxuan tiba-tiba kaku, lalu dia memandang ke arah lelaki yang sedang berjalan ke arah Yun Luofeng. Wajah Ye Jingxuan perlahan pucat.

'Ini mustahil!'

'Bagaimana jeneral itu boleh kenal Yun Luofeng? Mereka juga kelihatan sangat rapat…'

"Oh ya," Jian Chengwen menoleh ke arah Ye Jingxuan, "Bukankah tadi kamu kata Yun Luofeng bukan ahli Keluarga Ye? Itu arahan daripada Ketua Keluarga Ye atau cuma keputusan kamu sendiri?"

Peluh dingin mengalir dari dahi Ye Jingxuan, lalu dia lap peluh dan bertanya, "Tuan Jeneral… kenal Yun Luofeng?"

"Budak ini anak kepada sahabat lama saya dan kebetulan dapat berjumpa di sini. Sudah tentu saya kenal dia!"

Ketika ini, muka Ye Jingxuan merah kerana malu sebaik sahaja teringat apa yang dia katakan sebentar tadi. Dia seakan dapat rasa tamparan padu pada mukanya.

"Tuan Jeneral, ini cuma salah faham. Saya tidak tahu Tuan kenal dia…"

"Salah faham?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag