Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 866 - Merawat Penyakit Permaisuri (3)

Chapter 866 - Merawat Penyakit Permaisuri (3)

"Benarkan dia masuk."

Ketika itu, suara yang serak terdengar dari dalam kamar itu dan nadanya agak jengkel. Jiang Mengyao sedar, tetapi tidak peduli dengan nada suara itu lalu membuka pintu dan masuk ke dalam.

"Ayahanda."

Sebaik sahaja masuk, Jiang Mengyao terus tunduk hormat dan ketika dia mendongak, dia ternampak seorang gadis berpakaian putih di depannya. Gadis itu membelakangi dia, jadi dia tidak dapat melihat wajahnya tetapi penampilan gadis itu dari belakang sahaja sudah mampu membuat dia terpegun.

Wajah Maharaja menggelap lalu berkata dengan dingin, "Mengyao, Permaisuri sedang gering di sini, kenapa kamu membuat kecoh di luar?"

Jiang Mengyao mendengus. "Ayahanda juga sedar Baginda Permaisuri sedang gering, jadi kenapa Ayahanda bawa perempuan ke katil Permaisuri? Adakah Ayahanda berniat untuk sakitkan hati Permaisuri supaya Baginda mangkat lebih cepat?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS