Beberapa pengawal saling berpandangan lalu jatuh melutut. "Tuan Tua, Tuan Muda Lin yang telah mencederakan dirinya sendiri. Kami terpaksa berbohong untuk Tuan Muda Lin, jadi kami mohon Tuan Tua tidak menghukum kami."
Wajah Tuan Tua Ye Xiang bertambah dingin sambil menjeling ke arah Ye Tianlin. "Benar ini yang terjadi?"
Pada mulanya, Ye Tianlin sangat yakin hendak menghentam pihak Yun Luofeng. Tetapi selepas mendengar kata-kata Tuan Tua Ye Xiang, dia terus menjadi lemah dan menjawab dengan nada patuh, "Tuan Tua, perempuan jalang ini telah kawal tangan saya dan buat saya tampar muka saya sendiri. Ini semua salah…"
Splak!
Tiba-tiba, dia ditampar dan membuatkannya sangat terkejut, lalu dia menoleh dengan wajah bingung ke arah lelaki yang berdiri di hadapannya itu.