Hati Maharaja sekali lagi dihancurkan lagi apabila Permaisuri telah didapati menghidap penyakit yang membunuh dan masanya sudah tidak panjang. Demi menyelamatkan Permaisuri, Maharaja telah menurunkan titah. Barang siapa yang mampu menyelamatkan Permaisuri, tidak kira sama ada orang itu putera atau puteri, mereka akan dianugerahkan pangkat Putera Mahkota.
Cinta Maharaja terhadap Permaisuri sangat dalam dan ia dapat dilihat dengan jelas.
"Tuanku juga pasti tahu akan penyakit tua patik. Kalau ia tidak disembuhkan, patik boleh pengsan bila-bila masa sahaja tidak kira mengira. Patik juga tidak akan dapat dirawat dan dikejutkan dari keadaan tidak sedarkan diri patik."
"Jadi?" lelaki itu bertanya dengan muram.