Dewan Tuan Tua.
Semua tuan tua duduk di sekeliling meja yang panjang dan yang paling tua, Ye Xiang, duduk di hujung paling depan meja itu. Ye Jingxuan sendiri bakal ketua Keluarga Ye kadang-kadang perlu tunduk dan dengar cadangannya.
Semua orang serentak menoleh ke arah pintu ketika pintu itu terbuka. Apabila mereka lihat lelaki yang muncul di luar pintu itu, cahaya liar terus berkilau pada mata mereka.
"Masuk," kata Tuan Tua Ye Xiang dengan suara yang dalam.
Ye Jingchen perlahan melangkah ke dalam sambil direnung oleh semua orang. Langkahnya berani dan auranya tenang. Ini sahaja sudah tidak mampu dilakukan oleh Ye Jingxuan.
"Kamu datang kembali?" Ye Xiang berkata tanpa rasa peduli sambil memandang Ye Jingchen tanpa ada apa-apa perasaan.
"Ya, saya datang kembali."
Dia kembali dan kali ini, dia tidak akan mengalah!
"Saya dengar anak kamu ada di luar?" Tanpa membuang masa, Ye Xiang bertanya terus terang.