Kerajaan Tianyun.
Di luar gerbang kota, dua orang pengawal berdiri teguh seperti gunung. Seorang lagi yang lain sedang memeriksa pas rasmi orang-orang yang keluar masuk. Pas ini menunjukkan status keluarga atau kumpulan dalam Kerajaan Tianyun dan ia juga digunakan untuk menghalang musuh-musuh kerajaan menyelinap masuk.
Ye Jingchen menghentikan kudanya tepat di depan gerbang kota. Pengawal yang menjaga di situ lagnsung dapat mengenal Ye Jingchen dan terkejut dengan kemunculannya itu.
"Umm… Tuan Muda Sulung Ye, Tuan Muda Keluarga Ye pernah memberi arahan yang kamu tidak dibenarkan masuk ke dalam kota ini tanpa kebenarannya."
Keluarga Ye adalah keluarga bangsawan nombor satu dalam Kerajaan Tianyun dan nampaknya kata-kata Ye Jingxuan juga bagaikan arahan kepada pengawal kota. Justeru itu, tanpa kebenaran daripada Ye Jingxuan, mereka memang tidak berani benarkan Ye Jingchen masuk ke dalam kota itu.