Chereads / Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 831 - Seorang Tetamu daripada Keluarga Ye (2)

Chapter 831 - Seorang Tetamu daripada Keluarga Ye (2)

"Tuan Muda Sulung, Tuan Muda Kedua adalah bakal ketua Keluarga Ye. Dia mahu kamu keluar dari Kota Ye, adakah kamu hendak membantah? Sebenarnya, kamu cuma boleh salahkan diri kamu sendiri dalam hal ini. Kalau kamu tidak berkahwin dengan perempuan yang tidak mampu melahirkan anak, kedudukan bakal ketua Keluarga Ye tidak akan jatuh ke tangan Tuan Muda Kedua."

Lelaki pertengahan usia itu langsung tidak menghormati Ye Jingchen kerana dia percaya dan bergantung kepada kuasa Tuan Muda Kedua Keluarga Ye.

Jika mereka dibandingkan bakat dan kekuatan, tidak dapat dinafikan Ye Jingchen paling kuat dan berbakat. Malangnya, kegagalannya adalah berkahwin dengan perempuan yang tidak mampu melahirkan anak. Tidak mungkin Keluarga Ye lantik ketua yang tiada waris.

Ye Jingchen mendengus. "Menghalau saya dari Kota Ye dan biar kamu ambil alih Syarikat Perniagaan Keluarga Ye, kamu berani kata ini bukan disebabkan adik saya inginkan Cecair Pengumpul Roh?"

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS