Yun Xiao baru hendak pergi, tetapi langkahnya terhenti sebaik sahaja dia dengar Xue Rou'er menyebut nama Yun Luofeng. Matanya yang dingin perlahan menoleh ke arahnya.
Melihat Yun Xiao datang mendekatinya, Xue Rou'er fikir dia telah terpukau oleh posyen cinta itu. Kegembiraan mula mengisi hatinya dan ekspresi wajahnya bertambah lembut.
"Tuan Muda Xiao, kalau kamu sudi berkahwin dengan saya, kamu akan tahu saya tiada kurangnya berbanding Yun Luofeng. Saya hanya akan jadi lebih baik daripada dia." Xue Rou'er tersenyum mesra sambil perlahan berjalan mendekari Yun Xiao. Degupan jantung semakin laju dengan setiap langkah yang merapatkan jarak mereka. Dia menatap wajah dingin Yun Xiao dan membuatkan nafasnya seakan terhenti.
Andainya dia jadi isteri Yun Xiao, betapa bahagianya hidupnya.
"Tuan Muda Xiao, kaki saya agak lemah, boleh hulurkan tangan kamu?"