Jun Fengling tersenyum sebaik sahaja dia menoleh dan memandang Yun Luofeng. "Kamu berdua juga pasti letih. Pergi masuk dan rehat. Saya akan suruh pembantu panggil kamu masa makan malam nanti."
Ketika berkata begini, mata Jun Fengling menjeling Yun Xiao. Dia tidak lupa juga untuk mengarah, "Pergi dan elok-elok buat anak."
Wajah Yun Luofeng kelihatan agak malu. Walaupun sudah lama dia tidur sekatil dengan Yun Xiao, tetapi tiada apa-apa sebenarnya yang berlaku. Jadi mustahil mereka ada anak.
Bagaimanapun, mendengar permintaan Jun Fengling itu, Yun Xiao menjawab dengan yakin, "Baiklah."
'Baiklah?'
Ekspresi Yun Luofeng menggelap. "Yun Xiao!"
Kali ini, Yun Xiao yang biasanya patuh ini tidak mengikut rentak Yun Luofeng. Wajahnya yang tampan penuh dengan kesungguhan ketika dia berkata, "Kami akan buat anak secepat mungkin."
"Tidak! Jangan cepat sangat. Dalam perkara ini, perlahan itu lebih baik." Jun Fengling menjawab dengan senyuman miang.