Ketika Jun Fengling hendak mencela untuk membela Yun Luofeng, suara dingin seorang lelaki tiba-tiba terdengar. "Dia isteri saya, walaupun dia silap menuduh kamu, kamu cuma boleh mengakuinya!"
Wajah tampan lelaki itu sangat dingin dan tiada emosi seperti biasa dan matanya, gelap bagaikan langit malam, merenung tepat ke arah Xue Rou'er. Membuatkan dia kaku dan rasa seperti ditikam ribuan pisau tajam.
Suaranya juga kejam seperti biasa. "Lagipun, saya tidak rasa kamu ada apa-apa yang boleh buat dia tersilap!"
Wajah Xue Rou'er bertambah pucat dan tubuhnya hampir rebah. Kali ini dia sakit hati kerana Ye Qi tidak bersuara untuk membela dia dan hanya membiarkan dia dibuli orang-orang ini!
Ye Qi dapat rasa renungan meminta tolong Xue Rou'er dan hanya mampu tunduk malu. Jika hanya Ye Ximo, Ye Qi akan berdegil melawan demi membela Xue Rou'er. Akan tetapi dia tidak berani melawan Ye Jingchen dan Jun Fengling, kerana mereka berdua adalah orang yang paling dia hormati!