Bagi Ye Qi, Ye Ximo sangat penting dalam hatinya dan dia tidak akan pernah benarkan sesiapa merampas Ye Ximo.
"Rou'er, kamu pulang dulu dan tunggu berita daripada saya. Saya akan cari abang saya sekarang dan akan beritahu dia tentang perkara sebenar."
Walaupun dia tahu hubungannya dengan Ye Ximo akan bertambah regang, Ye Qi tetap ingin membongkar kebenaran tentang Yun Luofeng dan Huohuo.
"Tiada guna, Qiqi," Xue Rou'er tersenyum perit, "Abang Ye tidak akan percayakan kamu dan usaha kamu hanya akan sia-sia."
Cahaya licik berkilau pada mata Xue Rou'er ketika bercakap dengan suara yang dalam. "Saya ada cara…"
Ye Qi mendongak memandang Xue Rou'er dan cepat-cepat bertanya, "Cara apa?"