Xue Rou'er sebenarnya cedera kerana dia tidak mampu melawan.
Mendengar ini, Xue Rou'er kelihatan sangat tidak berupaya. "Tidak kira apa pun, dia cuma budak kecil! Kita tidak boleh salahkan budak kecil kalau bersikap nakal dan liar sebab orang tuanya yang patut ajar dia. Memang bukan salah budak itu, mana mungkin saya memukul budak kecil?"
Tutur kata Xue Rou'er sangat lembut sehingga tiada siapa yang akan dapat membayangkan terdapat minda yang keji di sebalik wajahnya yang lembut itu.
Ye Qi bertambah marah dan terus ingin pergi mencari Huohuo.
"Dia terlalu biadap! Kalau saya tidak ajar dia, mungkin dia akan buat tempat ini macam rumah dia sendiri."
"Qiqi," Xue Rou'er cepat-cepat pegang Ye Qi, "Dia tidak akan mengaku walaupun kamu jumpa dia. Ia cuma akan memburukkan lagi hubungan kamu dengan Abang Ye dan bukan ini yang saya ingin lihat. Demi kebahagiaan kamu, penderitaan saya ini cuma perkara kecil."