Walaupun selepas keluar daripada bangunan syarikat perniagaan itu, Ye Ximo masih lagi dalam keadaan bingung dan terkejut. Jelas sekali, dia tidak pernah menyangka Yun Luofeng memiliki sesuatu yang begitu berharga. Jika barang-barang ini dijual melalui Syarikat Perniagaan Keluarga Ye, nama mereka pasti akan bergema di seluruh benua ini…
"Feng, saya perlu berterima kasih kepada kamu," Ye Ximo akhirnya tersedar daripada lamunannya dan memandang ke arah Yun Luofeng. "Dengan barang-barang ini, keuntungan Syarikat Perniagaan Keluarga Ye pasti akan berlipat ganda selepas ini!"
Yun Luofeng tersenyum pudar. "Kita sama dapat apa yang kita perlukan."
"Haha," Ye Ximo ketawa, "Cik Feng, Abang suka sangat dengan personaliti kamu ini."