Yun Luofeng menjeling ke arah Ye Qi dan berkata dengan dingin, "Adakah saya salah? Dari segi apa Abang Ye salah? Bukan sahaja dia yang berkuasa atas syarikat perniagaan ini, dia juga ahli Keluarga Ye! Apa salahnya kalau dia tidak mahu ubat herba keluarganya diambil orang lain?"
"Humph!" Ye Qi tertawa dingin dan mendengus meluat. "Bukankah niat kamu minta Abang Ye bawa kamu ke sini sama? Untuk dapatkan herba percuma? Jangan bercakap seperti seorang yang mulia! Siapa yang tidak tahu tujuan keji kamu itu?"
Yun Luofeng bersandar pada dada Yun Xiao dan tersenyum malas. "Boleh saya tahu dari mana kamu dengar saya ingin dapatkan herba percuma di sini? Abang Ye tidak beritahu kamu saya datang ke sini untuk tukarkan barang saya untuk sesuatu yang sama nilainya?"
Ye Qi jadi kaku. Pada mulanya dia fikir Yun Luofeng sama dengan Xue Rou'er dan tidak menyangka Yun Luofeng betul-betul ada herba sendiri. Oleh itu, dia tidak lagi berkata apa-apa.