Mendengar persoalan Ye Ximo itu, Huohuo muncungkan bibirnya. "Keluarga Ye? Mereka tidak layak tahu tentang kewujudan saya!"
Ye Ximo kelip mata dan memandang budak perempuan yang berdiri di hadapannya itu dengan wajah terperanjat.
Huohuo tepuk bahu Ye Ximo, "Bukankau kamu hendak pergi ke Kota Qin? Saya mahu ikut kamu."
Ye Ximo terpegun. "Kamu mahu ikut saya pergi ke Kota Qin?"
Huohuo mengangguk seperti orang dewasa yang berpengalaman. "Orang yang saya cari sepatutnya seorang tabib."
Dia kata 'sepatutnya', bukan 'adalah'.
Mendengar kata-kata Huohuo itu, Ye Ximo semakin bingung. 'Adakah Huohuo ini tahu siapa sebenarnya yang dia cari?'
"Abang." Ketika itu, suara Ye Qi terdengar dari arah pintu.
Mendengar suaranya, Ye Ximo tanpa sedar cuba sembunyikan Huohuo di belakangnya, kerana dia tahu Huohuo tidak mahu ramai orang tahu tentang kewujudannya.
Namun, Ye Qi ternampak Huohuo.
"Abang, sia… siapa dia?"