"Tuan, saya sendiri tidak faham kurungan ini."
Suara Xiao Mo sangat lemah, jelas sekali dia berasa tertekan. Dia teringin sangat membantu Yun Luofeng, tetapi banyak hal yang dia tidak ingat. Oleh itu, dia tidak tahu cara untuk pecahkan kurungan ini…
Yun Luofeng diam seketika sebelum menoleh ke arah Yun Xiao, "Yun Xiao, bantu saya tahan Lin Yuan."
Suara gadis itu bagaikan bayu bertiup lembut ke dalam telinga Lin Yuan. Wajah Lin Yuan yang asalnya tersenyum mencemuh, tiba-tiba kaku selepas mendengar kata-kata Yun Luofeng dan dia ketakutan melihat lelaki tanpa emosi itu mendekatinya.
"Apa… apa yang kamu ingin lakukan?" Lin Yuan terundur beberapa langkah sambil dia menelan liur dari tekaknya yang kering.
Boom!
Tenaga yang menyerang dari belakangnya dan dia terus termuntah darah. Langkahnya menjadi longlai dan tiba-tiba, dia rebah ke tanah.