Walaupun Lin Ruoxin anak kepada Ketua Kota, ajaran dan kepercayaan yang dia terima semasa dia kecil adalah perempuan mesti patuh kepada ayahnya, suaminya dan anaknya, ditambah lagi dengan empat nilai murni moral yang asas. Bagi orang seperti Yun Luofeng, dia tidak layak memiliki orang seperti Yun Xiao!
"Rancangan untuk guna serbuk Seratus Herba untuk buat serigala rohani serang saya itu juga atas arahan kamu?"
"Benar, saya yang arahkan! Saya cuma mahu uji kekuatannya untuk lihat sama ada dia layak untuk saya atau tidak!" Lin Ruoxin tersenyum berpuas hati, "Dia lulus dan layak untuk jadi pasangan saya!"
Bang!
Selepas berkata begitu, Lin Ruoxin rasa seluruh tubuhnya lemah lalu rebah ke tanah.
'Ini… apa yang telah terjadi?'
Lin Ruoxin menggosok kepalanya yang sakit dan keningnya berkerut, selepas itu dia dapat rasa cemuhan dan ejekan dari sekelilingnya.
Lin Ruoxin buka mulut dan memandang Lin Yuan. "Ayah…"