"Xiao Mo, masih tiada perubahan pada biji benih pokok itu?" Yun Luofeng memandang ke arah tanah rata sambil keningnya berkerut.
Hari itu, selepas dia beli biji benih itu di rumah lelong, dia terus tanam biji benih itu di ladang herba. Namun sudah lebih setahun, tetapi masih langsung tiada perubahan pada biji benih itu.
"Tuan, saya juga tidak tahu apa yang sedang berlaku dan kenapa tiada apa-apa perubahan pada biji benih itu."
Yun Luofeng diam seketika. "Nampaknya ia perlukan lebih banyak masa. Kalau begitu, kita patut semai herba yang lain ini."
Selepas selesai bercakap, Yun Luofeng cuba untuk mengambil seikat ubat herba tetapi disebakan mindanya tidak tertumpu dan agak terganggu, dia tidak perasaan duri tajam pada herba yang dia ambil itu. Akibatnya, jarinya terluka.
"Tuan tidak apa-apa?" Ekspresi Xiao Mo jadi tegang sambil dia berjalan ke arah Yun Luofeng.
Yun Luofeng menggeleng kepala. "Tidak apa-apa, mari teruskan."