Chapter 689 - Majlis Hari Jadi (6)

Tiba-tiba, seluruh dewan itu jadi senyap dan semua orang menoleh ke arah suara itu.

Di bawah sinaran cahaya bulan, seorang gadis memakai jubah putih seputih salju melangkah masuk, rambut hitamnya beralun ditiup bayu, wajahnya yang cantik dan mempesona bercahaya dan sudut bibirnya terangkat mengukir senyuman yang indah. Walaupun semua tetamu sudah tahu Yun Luofeng adalah wanita tercantik di Kerajaan Longyuan, mereka dapati kini Yun Luofeng kelihatan jauh lebih cantik berbanding satu tahun lalu.

Kecantikannya sememangnya tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

"Feng'er, kamu sudah sampai? Mana Ah Xiao?"

Yun Luo menjeling ke belakang Yun Luofeng dan mendapati Yun Xiao tiada, lalu dia bermuram. Dia kenal Yun Xiao dan tahu Yun Xiao akan ikut cucunya ke mana sahaja untuk melindunginya, tetapi sekarang Yun Xiao tiada. Adakah sesuatu telah berlaku?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag