Chapter 681 - Mengaku (4)

"Mak Cik mahu potong kepala saya? Macam ini?"

Di dalam dewan itu, budak kecil itu cabut kepalanya sendiri dan memegangnya di tangan, dengan senyuman yang comel pada wajahnya, membuatkan dia kelihatan lebih menyeramkan.

"Ahhh!" Jeritan yang nyaring bergema di seluruh Kediaman Jeneral.

"Mak Cik, bukankah tadi Mak Cik kata mahu potong kepala saya? Saya sudah lakukannya untuk Mak Cik, kenapa Mak Cik tidak berterima kasih kepada saya? Melihat puteri keenam yang berundur itu, Xiao Mo tersenyum dan terus mendekatinya sambil menghulurkan kepalanya kepada puteri keenam itu. "Mak Cik boleh tendang kepala saya sekarang untuk suka-suka."

Waja Xiao Mo sangat rapat dengan puteri keenam dan matanya ceria dihiasi dengan senyuman yang menyeramkan.

"Jangan… jangan datang dekat!"

Thud!

Pedang puteri keenam itu jatuh ke tanah, kakinya menggigil dan wajahnya pucat ketakutan. Bau hamis air kencing merebak ke udara.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS