Chapter 621 - Minta Maaf (3)

"Ayah," Lin Yating memuncungkan bibirnya dan wajahnya kelihatan rumit. "Saya ada permintaan yang agak keterlaluan. Boleh Ayah bantu saya?"

"Apa dia?" Melihat wajah serba salah Lin Yating itu, Lin Ge berasa tidak sedap hati.

"Saya harap Ayah boleh minta maaf kepada Yun Luofeng!"

Mendengar kata-kata itu, Lin Ge terus mengamuk dan berdiri.

"Yating, apa kamu kata?" Kamu mahu Ayah minta maaf kepada perempuan jalang itu? Saya beritahu kamu, itu mustahil! Dia patut bersyukur Ayah tidak cari dia untuk balas dendam dan sekarang kamu minta Ayah minta maaf?!" Lin Ge mengetap giginya, matanya penuh dengan niat jahat.

Lin Yating bermuram. "Saya tiada pilihan. Saya sudah minta maaf kepadanya bagi pihak Ayah, tapi dia enggan terima. Sekarang Ayah sendiri terpaksa minta maaf kepadanya dan saya akan minta Guru saya pujuk dia! Mungkin dia akan maafkan Ayah demi Persatuan Tabib."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag