Chapter 607 - Satu Tahun

Teh Susu memegang perutnya, berguling di tanah dan mengerang kesakitan. Tiada masa untuk menjelaskan apa-apa kepada Lin Ruobai, Yun Luofeng cepat-cepat meletakankan tangannya pada perut Teh Susu.

Tenaga rohani mula berputar mengelilingi tubuh kecil Teh Susu lalu masuk ke dalam isi perutnya. Mungkin disebabkan kesan daripadanya, keadaan Teh Susu tidak lagi sesakit seperti sebelumnya dan dia perlahan-lahan berhenti mengerang…

Masa berlalu dengan pantas di dalam gua itu dan satu tahun telah berlalu dalam sekelip mata.

Di suatu sudut, Lin Ruobai yang sedang bertapa, membuka matanya dan melihat Yun Luofeng yang masih lagi membantu Teh Susu menghadam mutiara itu dan hanya mampu mengeluh.

"Sudah setahun! Apa sebenarnya yang Teh Susu telan? Dia tidak dapat hadam selepas satu tahun walaupun dengan bantuan Guru."

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS