Mungkin kata-kata Tang Tianyu berkesan kerana api yang menyelubunginya itu beransur pudar dan perlahan lenyap!
Setelah melihat keadaan ini, tiada siapa yang hadir hari ini akan berani lagi bersumpah kerana takut akan mendapat hukuman Tuhan!
Tang Tianyu rebah ke tanah dan termengah-mengah, "Yun Luofeng, walaupun Keluarga Tian telah melakukan kesalahan, kamu tidak seharusnya hapuskan seluruh keluarga. Dengan melakukan itu, tiada bezanya kamu dengan iblis!"
"Saya cuma bunuh mereka yang layak mati sahaja," Yun Luofeng diam seketika, "dan Keluarga Tian memang layak mati!"
Sumber masalah hanya dapat dihilangkan dengan mencabut kejahatan dari akarnya. Sebab itulah Yun Luofeng bertekad menghapuskan seluruh Keluarga Tian!
Apabila Tang Tianyu hendak membela dirinya lagi, seseorang tiba-tiba meluru ke arahnya dan menindih tubuhnya. Penumbuk kecil orang itu menumbuk terus-terus menumbuk Tang Tianyu, lalu Tang Tianyu mengamuk dan cepat-cepat menangkap tangannya.