"Baik, Tuan!" Melihat wajah serius Chen Yuqing, pengawal tersembunyi itu tunduk hormat dan menjawab penuh hormat.
"Baiklah, kamu boleh pergi sekarang. Hari ini dia akan datang untuk rawat saya. Tunggu dia pintu depan untuk saya."
"Baik, Tuan!" Pengawal tersembunyi itu tunduk hormat sekali lagi lalu pergi dengan senyap."
Merenung ke arah di mana pengawal itu telah pergi, Chen Yuqing tersenyum dan mata hitamnya dalam tidak terbaca. Selepas beberapa ketika, dia berdiri, lalu mengangkat ziternya dan berjalan keluar dari bilik bacaannya.
…
Bunyi ziter bergema di seluruh taman ceri itu.
Tang Yue bersmbunyi tidak terlalu jauh, tergoda merenung wajah sempurna umpama dewa Chen Yuqing, mata Tang Yue seolah-olah sedang memuja. Selain daripada wajah yang sempurna, lelaki itu juga memiliki kedudukan bangsawan! Jika Tang Yue berkahwin dengan lelaki itu, dia tidak akan ada apa-apa penyesalan apabila mati.
Kreak!