Melihat serangga itu, Tuan Tua Yan terpegun lalu cepat-cepat berkata, "Tuan Chen, saya akan ganti teh ini."
"Cawan teh ini… sudah dicemari."
Maksudnya walaupun Tuan Tua Yan ganti tehnya, cawan teh itu tetap akan tercemar.
"Pembantu," faham dengan apa yang dimaksudkan lelaki itu, Tuan Tua Yan terus mengarah, "Dapatkan cawan teh baru untuk Tuan Chen!"
Mendengar ini, pembantu dalam bilik itu bawa cawan teh itu keluar, lalu masuk semula dan meletakkan cawan teh baru di hadapan lelaki itu.
Tuan Tua Yan lap peluh dingin dari dahinya lalu tersenyum pahit. Walaupun Chen Yuqing kelihatan agak santai dan melayan orang dengan mesra, dia ada satu keganjilan - dia terlalu pembersih!
Lebih tepat lagi, dia pembersih tahap mengerikan!
Seperti baru tadi, walaupun serangga kecil terjatuh ke dalam cawan tehnya, ganti teh sahaja sudah cukup! Tetapi dia berkeras mahu cawan teh diganti sekali dengan tehnya! Bukankah itu mengerikan?