Tang Ran memandang Tang Tianyu yang sedang mengerang kesakitan di atas katil itu lalu menggenggam tangannya. Walaupun dia tidak suka cucunya ini dulu, budak ini adalah satu-satunya zuriat yang anak perempuannya tinggalkan selepas dibunuh! Mana mungkin Tang Ran tidak marah setelah melihat budak ini cedera parah begini?
"Yun Luofeng?" Hasrat membunuh berkilau pada matanya. "Saya akan balas dendam untuk cucu saya dan cincang kamu!"
"Datuk, Tianyu…" Tang Yue menggerakkan bibirnya, matanya penuh rasa serba salah. Jika bukan untuk melindungi dia, Tang Tianyu tidak akan tercedera begini teruk.
"Saya tidak boleh buat tangannya tumbuh semula, tetapi saya boleh sambung tangan orang lain ke tubuh Tianyu!" Tang Tan mengecilkan matanya. "Memandangkan Yun Luofeng yang cederakan Tianyu, dia patut berikan tangannya kepada Tianyu!"
Tang Yue berasa agak lega mendengar ini. Asalkan Datuknya bantu dia, Yun Luofeng bukan lagi satu ancaman baginya.